KEPADA PENGUNJUNG BLOG K ILA... SEBENARNYA RESEPI2 INI ADALAH MENU HARIAN K ILA SEKELUARGA.MEMANG BETUL KATA ORANG KALAU BILANGAN SESEBUAH KELUARGA ITU KECIL ADALAH LEBIH JIMAT JIKA KITA MEMBELI.BAGI K ILA JIKA MASAK SENDIRI RASANYA LEBIH TERPELIHARA DAN KITA AKAN RASA PUAS HATI DENGAN HASIL TANGAN SENDIRI,TAPI...KADANG2 RASA NAK CUCI TANGAN BELI JUGA HE..HE..

Tuesday, 23 March 2010

ayam masak halia





Bahan2 :
3 ketul ayam - di potong kecil2,cuci dengan limau dan toskan
sebuku halia muda - hiris nipis
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 batang lobak merah - potong bulat2
3 biji cendawan butang dalam tin - potong bulat *
sedikit bunga kobis - potong kecil *
1/2 biji cili benggala - potong dadu *
1 sudu makan lada hitam biji - ditumbuk kasar *
1 sudu makan sos tiram *
1 sudu makan kicap cair *
2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 1 mangkuk air
sedikit minyak untuk menumis
 
Cara2 :
Panaskan minyak,masukkan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia,lobak merah dan ayam biarkan sekejap.Kemudian masukkan bahan bertanda *.Akhir sekali masukkan tepung jagung,perasakan secukupnya,setelah masak bolehlah dihidangkan bersama2 nasi putih.Kalau mahu lebih pedas makan bersama cili api potong dicampur dengan kicap cair.
  SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment