Monday, 29 March 2010
daging goreng kicap cili api
Bahan2 :
1 mangkok daging -cuci,hiris nipis dan rebus hingga empuk
5 ulas cili api * - di ketuk
1 labu bawang besar - di potong bulat
3 ulas bawang putih * - diketuk
1 inci halis * - di hiris nipis
1 batang saleri - di hiris serong
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil cuka makan
sedikit minyak untuk menumis
Cara2 :
1. Tumis bahan bertanda *hingga naik bau
2. Masukkan daging, biarkan sekejap
3. Masukkan kicap,gaul rata
4.Masukkan bawang besar dan batang saderi
5.Akhir sekali masukkan cuka.Setelah masak boleh lah dihidang
urap taugeh
Bahan2 :
1 mangkuk taugeh halus - cuci dan toskan
1 sudu besar udang kering * - rendam 10 minit dan toskan
1 sudu kecil lada hitam *
3 ulas bawang merah *
sedikit belacan *
1 labu bawang besar - dihiris
1/2 cawan santan
sedikit garam
2 biji limau kasturi
Cara2:
1. Tumbuk bahan bertanda *
2. Kemudian gaulkan semua bahan
3. Akhir sekali perahkan limau.Sedia untuk dihidang
Tuesday, 23 March 2010
ayam masak halia
Bahan2 :
3 ketul ayam - di potong kecil2,cuci dengan limau dan toskan
sebuku halia muda - hiris nipis
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 batang lobak merah - potong bulat2
3 biji cendawan butang dalam tin - potong bulat *
sedikit bunga kobis - potong kecil *
1/2 biji cili benggala - potong dadu *
1 sudu makan lada hitam biji - ditumbuk kasar *
1 sudu makan sos tiram *
1 sudu makan kicap cair *
2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 1 mangkuk air
sedikit minyak untuk menumis
Cara2 :
Panaskan minyak,masukkan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia,lobak merah dan ayam biarkan sekejap.Kemudian masukkan bahan bertanda *.Akhir sekali masukkan tepung jagung,perasakan secukupnya,setelah masak bolehlah dihidangkan bersama2 nasi putih.Kalau mahu lebih pedas makan bersama cili api potong dicampur dengan kicap cair.
SELAMAT MENCUBA...
Monday, 22 March 2010
ayam goreng berempah
Bahan2 :
10 ketul kepak ayam-cuci dan toskan
bahan untuk dimesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
1 batang serai
2 sudu besar rempah kari daging
sedikit kunyit serbuk
garam
Cara2 :
Gaulkan kepak ayam bersama bahan yang dimesin,perapkan selama 1 jam / semalaman.Sebelum digoreng, panaskan di dalam microwave supaya setengah masak lebih kurang 100 saat.Panaskan minyak kemudian goreng dengan api besar supaya kulit luarnya garing dan isinya sepenuh masak.Angkat dan boleh dihidang, sedap dimakan ketika panas2.
Subscribe to:
Posts (Atom)

